Pembangkang dakwa rakyat Pulau Pinang masih dibelenggu kemiskinan

Pembangkang dakwa rakyat Pulau Pinang masih dibelenggu kemiskinan

MUHAMMAD Fauzi Yusoff (tengah) ketika sidang akhbar di bangunan DUN Pulau Pinang di George Town, Pulau Pinang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Kepesatan ekonomi Pulau Pinang ketika ini didakwa tidak memberi kesan kepada rakyat di negeri ini secara langsung kerana rata-rata mereka masih lagi terbelenggu dengan isu kemiskinan.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff berkata, ia berdasarkan maklumat disebut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Zaliha Mustafa bahawa Pulau Pinang mencatatkan 1,650 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar, membabitkan seramai 4,994 ahli isi rumah (AIR).

“Tahun lepas, negeri ini mencatatkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) per kapita sebanyak RM72,586, meningkat daripada RM69,789 pada tahun sebelumnya, namun kepesatan ekonomi tidak memberi kesan kepada rakyat di negeri secara langsung di mana rakyat masih lagi terbelenggu dengan kemiskinan,” katanya dalam sidang DUN Pulau Pinang, di sini hari ini.

Muhammad Fauzi (Pas-Sungai Dua) berkata, situasi itu menunjukkan kenyataan menoktahkan kemiskinan sepertimana disebut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Pulau Pinang mencapai sifar kemiskinan tegar menjelang 1 Jun 2024 sekadar retorik dan populis semata-mata sedangkan jurang kekayaan antara rakyat kian melebar hingga menjadi bahan bualan rakyat.

“Pada Oktober lau, kadar inflasi di Pulau Pinang kekal lebih tinggi iaitu 1.9 peratus berbanding nasional, 3.1 peratus dengan faktor utama ialah kenaikan harga dalam kategori perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain serta restoran dan perkhidmatan penginapan yang meningkat antara 3.1 hingga 3.2 peratus.

“Cabaran utama dalam pengurusan inflasi di Pulau Pinang adalah kos sara hidup yang semakin meningkat dan penyasaran subsidi petrol yang dilaksanakan tahun depan. Jadi, tahun depan, rakan-rakan sekalian jangan lupa bawa kad pengenalan untuk isi minyak,” katanya berseloroh.

Pada sidang akhbar, Muhammad Fauzi turut menggesa kerajaan negeri menambah peruntukan kepada ADUN pembangkang di negeri ini kerana RM60,000 (peruntukan) setahun tidak mencukupi namun tetap mencari alternatif dalam membantu rakyat di kawasan masing-masing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya