Pemansuhan vape dilaksana berperingkat – Dr Dzulkefly

Pemansuhan vape dilaksana berperingkat – Dr Dzulkefly

DZULKEFLY Ahmad melawat ruang pameran selepas sambutan Minggu Kesedaran Kerintangan Antimikrob (AMR) 2024 Peringkat Kebangsaan di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan berpendirian belum tiba lagi masa untuk pengharaman rokok elektronik atau vape seperti yang sudah dilaksanakan beberapa negara maju di dunia.

Bagaimanapun, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya tidak keberatan jika ada negeri-negeri yang mahu melarang penjualan produk tersebut.

“Kalau tanya saya jika boleh memang mahu vape diharamkan tetapi mungkin boleh tiru langkah Johor tidak benar vape untuk jual di kedai,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Minggu Kesedaran Kerintangan Antibiotik Sedunia 2024 Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Semalam, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah ketika bertitah di Kuantan, menyarankan agar produk rokok elektronik diharamkan secara total kerana ia punca penagihan dadah.

Mengulas lanjut, Dzulkefly menjunjung kasih titah baginda namun berkata, kerajaan ada cara tersendiri meskipun dilaksanakan secara berperingkat menerusi kaedah advokasi.

“Jika dilihat Akta 852 yang baru dikuatkuasakan sejak 1 Oktober lalu, Malaysia memang menuju ke arah itu tetapi pendirian kerajaan untuk tidak haram serta-merta,” tegasnya.

Beliau merujuk Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 diwartakan pada 1 Februari lalu walaupun ada pihak mahu kerajaan supaya membuat pusingan U.

Justeru, beliau berpendapat bahawa Pahang boleh mengikuti contoh Johor yang menjadi negeri pertama sejak 2016 mengharamkan penjualan vape di semua premis komersial yang tidak lagi mengeluarkan sebarang lesen operasi untuk kedai produk peranti tersebut.

Sehubungan itu jelasnya, negeri-negeri lain sebenarnya tiada halangan untuk mengikut jejak dilaksanakan Johor jika mahu membendung gejala ketagihan vape. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya