Pemandu mabuk rempuh pasangan suami isteri didakwa esok

Pemandu mabuk rempuh pasangan suami isteri didakwa esok

MOHD. SOHAIMI ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pemandu mabuk yang merempuh pasangan suami isteri sehingga maut di Jalan Besar/Jalan Mesjid, Pasir Gudang pada 16 November lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru, esok.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, lelaki berusia 34 tahun itu akan didakwa di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kertas siasatan telah dilengkapkan dan dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan mendapat arahan menuduh pemandu kereta jenis Perodua Alza itu dengan dua pertuduhan di Mahkamah Majistret Johor Bahru, esok,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 4 pagi 16 November lalu, pemandu kereta Perodua Alza yang melanggar lampu isyarat merah di persimpangan jalan tersebut merempuh sebuah motosikal ditunggang pasangan suami isteri yang mengakibatkan Mohd. Ridzwan Mohd. Rudi, 37, dan isterinya, Linda Mohd. A. Aziz, 35, maut di lokasi kejadian, manakala pemandu Perodua Alza mengalami kecederaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya