Pemandu lori rempuh tiga kereta positif dadah

Pemandu lori rempuh tiga kereta positif dadah

SUSPEK dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan, semalam bagi permohonan reman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang pemandu lori membawa muatan batu kuari yang merempuh tiga kereta di hadapan sebuah masjid di Jalan Salak Tinggi-Nilai dekat Kampung Bukit Kadir, Nilai di sini, kelmarin disahkan positif dadah jenis methamphetamine.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, ia berdasarkan ujian air kencing suspek, iaitu lelaki berusia 31 tahun.

“Suspek kini ditahan reman empat hari bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 15(c) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban untuk proses reman dan permohonan terhadap suspek itu dibuat Pendaftar Mahkamah, Ain Nuraina Rohaizad.

Kelmarin, tular klip video seorang pemandu lori yang enggan keluar dari kenderaannya selepas dikatakan merempuh tiga kenderaan selepas selesai solat Jumaat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya