Pemandu cuai, jalan licin punca treler bawa kereta kebal ATM kemalangan

Pemandu cuai, jalan licin punca treler bawa kereta kebal ATM kemalangan

MUHAMMAD Hafizuddeain Jantan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Siasatan Lembaga Siasatan Tentera Darat mengenai kemalangan treler membawa kereta kebal milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM)  pada 7 November lalu mempunyai  elemen  kecuaian pemandu dan kenderaan dipandu laju.

Bagaimanapun, Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata, faktor utama kemalangan berpunca daripada permukaan jalan licin dan treler itu semasa kejadian  membawa  muatan berat.

Menurut beliau, tiada kompromi dengan  kecuaian dan kelalaian pemandu termasuk pegawai atau penyelia yang terlibat kerana kejadian itu membabitkan kerugian sehingga RM182,000.

“Kami akan segera mengambil tindakan ketenteraan. Tidak kiralah yang terlibat itu pegawai atau pun penyelia.

“Penilaian akan dilakukan dan dibicarakan seterusnya akan diberi pengadilan yang sewajarnya,” katanya  selepas Majlis Pemakaian Pangkat Sjn Mohd Nor Khalid di sini, hari ini.

Pada 7 November lalu, Utusan Malaysia melaporkan sebuah treler ATM yang membawa muatan kenderaan perisai terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 35.2 Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak dari arah Genting Sempah ke Gombak.

Mengulas lanjut, Muhammad Hafizuddeain berkata, akibat kemalangan tersebut Kenderaan Pembawa Kereta Perisai (KPKP) milik ATM itu rosak teruk sehingga menyebabkan kerugian RM182,000.

Katanya, semua aset ATM bernilai tinggi dan organisasi itu  tidak mahu pihak kerajaan terpaksa menanggung kerugian.

“Kemalangan itu tiada unsur sabotaj selain kita juga akan lebih proaktif dalam menangani kes sebegini kerana tidak mahu pengguna jalan raya yang lain terlibat atas kecuaian pihak kami,” kata beliau.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya