Pelan evakuasi Malbatt di Lubnan dilaksana jika perlu

Pelan evakuasi Malbatt di Lubnan dilaksana jika perlu – Mohamed Khaled 

PELAN evakuasi Malbatt di Lubnan dilaksana jika perlu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pertahanan akan melaksanakan pelan evakuasi bagi Kumpulan pertama Malaysian Battalion 850-12 (Malbatt 850-12) yang berada di Lubnan sekiranya diperlukan mengikut situasi semasa di negara berkenaan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pelan evakuasi kumpulan Malbatt 850-12 itu akan dikordinasikan bersama Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) jika diperlukan.

“Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentara Malaysia (ATM) melalui Markas Angkatan Bersama sentiasa berhubung rapat dengan UNIFIL untuk memantau secara dekat berkenaan situasi di Lebanon.

“Anggota-anggota kita yang dihantar juga merupakan mereka yang terlatih,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, ATM juga sentiasa memastikan trup pengaman Malbatt 850-12 sentiasa bersedia menghadapi sebarang misi atau tugas tanpa mengira situasi dan keadaan di sana.

Terdahulu, ATM mengesahkan enam anggota Malbatt 850-12 dilaporkan cedera dalam insiden letupan berdekatan Stadium Saida, Lubnan pada Khamis.

Menurut ATM, insiden letupan tersebut berlaku pada pukul 1.54 tengah hari waktu Lubnan atau 7.54 malam waktu Malaysia.

“Kejadian berlaku ketika pergerakan anggota Malbatt 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah. 

“Letupan tersebut telah menyasarkan sebuah kenderaan awam lain yang sedang menghala ke Beirut, namun turut mengakibatkan kerosakan pada sebuah bas yang membawa anggota Malbatt 850-12,” katanya.

Sebelum ini, seramai 220 anggota menjadi kumpulan pertama Malbatt 850-12 ke Lebanon yang membawa misi UNIFILL.

Kumpulan itu terdiri daripada 43 pegawai, seorang pegawai awam dan 174 anggota lain-lain pangkat (LLP) serta dua pegawai dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Untuk rekod, Malbatt 850-12 mempunyai kekuatan seramai 854 anggota terdiri daripada 82 pegawai dan 772 anggota LLP termasuk tiga pegawai dan 27 anggota dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) serta seorang Pegawai Kewangan Awam daripada Kementerian Pertahanan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya