Pelaku kes buli, tekap seterika pelajar UPNM dituduh esok di Mahkamah KL

Pelaku kes buli, tekap seterika pelajar UPNM dituduh esok di Mahkamah KL

PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suspek kes dera dan buli melibatkan seorang pegawai kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang ditekap seterika pada dadanya pada 22 Oktober lalu, akan dituduh esok.

Polis Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pelaku berusia 22 tahun yang juga pegawai kadet tahun empat akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur esok. 

“Individu terbabit akan didakwa pada pukul 8 pagi di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut. 

Pada 2 November lalu, media melaporkan mangsa berusia 20 tahun ditekap seterika pada bahagian dada selepas diminta menggosok baju kerja milik seniornya dalam kejadian di bilik asrama universiti berkenaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilapor berkata, laporan berkaitan kejadian berkenaan dibuat mangsa pada 8.23 malam, Jumaat lalu.

Rakaman percakapan pengadu telah diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras dan pengadu juga diminta untuk membuat rawatan di hospital bagi mengesahkan jenis kecederaannya.

Sebelum ini, Angkatan Tentera (ATM) menjalankan siasatan berkait kes seorang pegawai kadet di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), UPNM Sungai Besi yang disyaki dibuli dan didera oleh seorang penuntut senior

ATM turut menyatakan tindakan disiplin yang keras mahu pun tindakan undang-undang akan dikenakan kepada pihak yang terbabit, jika terbukti bersalah.- UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya