Syor Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan Ujian Tunggal kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kepada pelajar lepasan Matrikulasi dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) perlu dilihat secara positif dan objektif.
Menurut kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh ketika menjawab soalan tambahan di Parlimen baru-baru ini, kementeriannya sedang meneliti cadangan untuk mengadakan single entry exam bagi lepasan matrikulasi dan STPM.
Cadangan pelaksanaan ini perlu diperhalusi dengan teliti dan telus supaya tidak mendatangkan implikasi terutama melangkaui apa yang sudah termaktub dalam perlembagaan negara dan akta pendidikan.
Cadangan peperiksaan tunggal ini jika ia direalisasikan bakal menjadi pintu keluar terakhir murid-murid yang melalui sistem persekolahan selepas enam tahun di peringkat menengah sekaligus mengangkat kedudukan pelajar Tingkatan 6 setaraf dengan pelajar-pelajar yang berada di matrikulasi.
Namun dalam melaksanakan hasrat murni ini, Kementerain Pendidikan wajar mendapatkan pandangan dan input daripada pelbagai pihak terutama pemegang taruh pendidikan seperti pengajar kolej tingkatan enam, kesatuan -kesatuan guru dan para pensyarah. Sebelum pelaksanaan sijil tunggal ini, Kementerian Pendidikan perlu memperbetulkan persepsi salah berkaitan perkara ini dengan meningkatkan kefahaman masyarakat tentang manfaat setiap laluan. Pada masa sama, kerajaan harus meneliti semula kurikulum dan sukatan pelajaran peringkat matrikulasi dan STPM bagi memastikan kedua-duanya mempunyai aras dan standard yang setara. Ini termasuk memperbaiki prasarana dan persekitaran kondusif untuk laluan STPM, agar tidak wujud lagi tanggapan perbezaan dua darjat antara matrikulasi dan Tingkatan Enam.
Pada masa yang sama Pelan Tingkatan Enam 2024 hingga 2030 yang telah diumumkan kerajaan dengan sasaran penubuhan 67 kolej Tingkatan Enam berperanan penting dalam memperkasakan STPM sebagai pilihan utama prauniversiti.
Peperiksaan kemasukan tunggal berpotensi menjadi pemacu kepada sistem pendidikan lebih adil dan inklusif sekiranya berdasarkan kepada kajian menyeluruh serta mengambil kira keadaan setempat sekali gus dapat memastikan pelajar bersaing atas dasar merit serta kebolehan sebenar.
Sebelum pelaksaanaan sijil tunggal ini, Kementerian Pendidikan perlu memperbetulkan persepsi salah berkaitan perkara ini dengan meningkatkan kefahaman masyarakat tentang manfaat setiap laluan. Ibu bapa dan pelajar harus memahami kekuatan dan kelebihan unik bagi setiap laluan agar keputusan dibuat berdasarkan maklumat tepat, bukannya ikut-ikutan.
Pada masa sama, kerajaan harus meneliti semula kurikulum dan sukatan pelajaran peringkat matrikulasi dan STPM bagi memastikan kedua-duanya mempunyai aras dan standard yang setara. Ini termasuk memperbaiki prasarana dan persekitaran kondusif untuk laluan STPM, agar tidak wujud lagi tanggapan perbezaan dua darjat antara matrikulasi dan Tingkatan Enam.
Pada masa yang sama Pelan Tingkatan Enam 2024 hingga 2030 yang telah diumumkan kerajaan dengan sasaran penubuhan 67 kolej Tingkatan Enam berperanan penting dalam memperkasakan STPM sebagai pilihan utama prauniversiti. Dengan langkah ini, Tingkatan Enam mampu bersaing sebagai laluan akademik setanding matrikulasi serta memberikan pilihan lebih luas kepada pelajar dalam meneruskan pengajian tinggi.
Peperiksaan kemasukan tunggal berpotensi menjadi pemacu kepada sistem pendidikan lebih adil dan inklusif sekiranya didasarkan kepada kajian menyeluruh serta mengambil kira keadaan setempat sekaligus dapat memastikan pelajar bersaing atas dasar merit serta kebolehan sebenar. Dengan ini, sistem pendidikan kita mampu melahirkan generasi pelajar bukan sahaja cemerlang dalam aspek akademik, bahkan bersedia menghadapi cabaran global secara kompeten dan berdaya tahan. – UTUSAN
Mohd Azizee Hasan Setiausaha, Agung, Kongres Kesatuan Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia ( KONGRES)