Pelajar SMK Mantin diedeah pertanian hidroponik

Pelajar SMK Mantin didedah pertanian hidroponik

PELAJAR PPKI SMK Mantin, Seremban mendengar taklimat berkenaan Projek Bijak Tani yang dilaksanakan di sekolah tersebut. – UTUSAN/NUR SHARIEZA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bagi membantu mengembangkan potensi dalam kalangan murid berkeperluan pendidikan khas (MPBK), seramai 23 orang pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mantin terlibat dalam Projek Bijak Tani iaitu mempelajari teknik penanaman secara hidroponik.

Menerusi program di bawah Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) itu, ia dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran dalam pertanian lestari kepada pelajar yang terlibat.

Pengetua SMK Mantin, P. Susila berkata, kesemua pelajar

terbabit telahpun mengambil Kursus Sijil Kemahiran Malaysia Modular Asas Tanaman.

“Sebelum ini pelajar PPKI SMK Mantin mengendalikan projek pertanian moden dan tradisional. Kami memiliki projek tanaman fertigasi meja sayur-sayuran dan fertigasi melon. Selain itu, kami juga mengendalikan projek akuaponik yang melibatkan penternakan ikan keli bersama sayur-sayuran.

“Sehubungan itu, menerusi Projek Bijak Tani ini, ia bertepatan dengan fokus kami dalam mengembangkan kemahiran pelajar dalam bidang pertanian.

“Menerusi penggunaan mesin pertanian hidroponik bertenaga solar ini, diyakini dapat memperkasa generasi muda dengan pengetahuan dan kemahiran pertanian lestari. Sudah semestinya juga kami mempunyai perancangan untuk mengembangkan lagi penggunaan hidroponik bersolar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Penyerahan Mesin Hidroponik Berputar di sekolah berkenaan di ini baru-baru ini.

Projek Bijak Tani oleh MGTC adalah projek pertanian menggunakan mesin pertanian hidroponik bertenaga solar hasil ciptaan Zull Design Autotranic.

Seramai 100 pelajar dan tenaga pengajar di SMK Mantin dan juga SMK Sungai Burong, Selangor mendapat manfaat daripada projek berkenaan dengan mempelajari teknik penanaman secara

hidroponik selain didedahkan dengan amalan pertanian lestari. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN