Pelajar pamer kreativiti dalam Karnival STEM

Pelajar pamer kreativiti dalam Karnival STEM

MURID-MURID SK Kampung Sawah menunjukkan alat untuk menghalau burung merpati ciptaan mereka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pelbagai reka cipta berjaya dihasilkan sempena Karnival Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) Peringkat Daerah Pontian di Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Baloi, dekat sini, baru-baru ini.

Antara sekolah yang menjayakan program tersebut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Kerang, SMK Sri Tanjung (A) dan (B) serta SMK Tan Sri Osman Mohd Sa’at (A) dan (B), manakala bagi sekolah rendah melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Baloi, SK Kampung Sawah, (A) dan (B) dan SK Bandar Pontian.

Murid-murid SK Kampung Sawah (A) memperkenalkan ciptaan alat menghalau burung bagi mengurangkan populasi burung merpati.

Ketua kumpulan, Fahiema Ajda Abdullah berkata, alat tersebut menggunakan frekuensi bunyi bagi menghalau burung-burung merpati yang menimbulkan masalah kesihatan kepada murid-murid dan kakitangan sekolah.

“Kami mengaplikasikan STEM dalam penciptaan alat ini yang telah berjaya membantu usaha pihak sekolah bagi mengurangkan masalah burung merpati yang berlaku selama ini,” katanya kepada Utusan Pelajar.

Murid-murid SK Ayer Baloi pula ciptaan Aquaponik yang menggabungkan akualtur (ikan) dan hidroponik (sayur-sayuran) bagi menambahkan ‘interim’ pada ikan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN