Pelajar kolej swasta ditemukan mati di bilik asrama

Pelajar kolej swasta ditemukan mati di bilik asrama

HANYAN RAMLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang pelajar lelaki di sebuah kolej swasta di Chukai, dekat sini, ditemukan mati dalam bilik asrama di kolej itu, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, mangsa yang berusia 20 tahun dan berasal dari Selangor, ditemukan rakan sebiliknya kira-kira pukul 5.41 pagi.

“Mangsa ditemui mati oleh salah seorang rakannya yang baru pulang ke asrama kolej itu.

“Rakan mangsa yang terkejut melihat mangsa tidak sedarkan diri, memberitahu rakan-rakannya sebelum melaporkan kepada polis,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Hanyan berkata, berdasarkan keadaan mayat mangsa, polis percaya pelajar itu meninggal dunia dalam tempoh kira-kira 12 jam lalu sebelum ditemukan.

“Berdasarkan rekod kesihatan, mangsa tidak mempunyai sebarang penyakit sebelum ini.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut dan setakat ini, kes itu diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya