Pelajar IPT diingat elak aktiviti luar ketika Monsun Timur Laut

Pelajar IPT diingat elak aktiviti luar ketika Monsun Timur Laut

ZAMBRY ABDUL KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Para pelajar khususnya di institusi pengajian tinggi (IPT) diingatkan supaya mengelak daripada melakukan aktiviti-aktiviti luar terutamanya rekreasi di air susulan fenomena Monsun Timur Laut (MTL).

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, pihaknya menyerahkan kepada pengurusan IPT masing-masing bagi membuat pertimbangan dalam mengambil langkah berjaga-jaga yang diperlukan sepanjang musim tersebut.

“Saya ingin mengingatkan semua, ketika musim tengkujuh ini khususnya (pusat pengajian) yang terletak di kawasan Pantai Timur, langkah-langkah (berjaga-jaga) hendak lah dibuat di peringkat IPT termasuk politeknik dan kolej komuniti.

“Selain daripada langkah-langkah yang diambil oleh pihak institusi yang berkenaan, kita juga menasihati para pelajar supaya mengambil langkah yang perlu. Saya harap ia tidak akan menimbulkan masalah dalam kalangan mereka nanti sepanjang musim ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau persiapan program Festival Idea Putrajaya (FOI) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan MTL akan bermula pada 5 November sehingga Mac 2025 dengan jangkkan lima hingga tujuh episod hujan lebat berlaku sepanjang tempoh itu.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Mohd Hisham Mohd Anip berkata, semasa fasa awal MTL dari November hingga Disember, hujan lebat dijangka melanda Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya