Kerajaan Pulau Pinang rai pelajar cemerlang SPM, STPM

Kerajaan Pulau Pinang rai pelajar cemerlang SPM, STPM

MOHAMAD Abdul Hamid (empat dari kiri) menyampaikan anugerah pelajar cemerlang dalam majlis anugerah pelajar cemerlang STPM dan SPM peringkat Pulau Pinang bagi tahun 2023 di Dewan Sri Pinang, George Town, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Seramai 321 pelajar cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 menerima pengiktirafan daripada kerajaan negeri dalam satu majlis khas di Dewan Sri Pinang, hari ini.

Seramai 70 pelajar cemerlang STPM menerima Sijil Penghargaan Anugerah Pelajar Cemerlang STPM dan wang saguhati sebanyak RM1,000 manakala 251 pelajar cemerlang SPM diraikan dengan Sijil Penghargaan Anugerah Pelajar Cemerlang SPM dan wang saguhati sebanyak RM500.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Mohamad Abdul Hamid berkata, majlis berkenaan sebagai tanda pengiktirafan dan penghargaan kepada pelajar-pelajar dan sekolah-sekolah di Pulau Pinang yang memperoleh pencapaian terbaik dalam peperiksaan SPM dan STPM tahun 2023.

“Pada 2023, seramai 755 pelajar SPM berjaya mendapat semua A, termasuk lima pelajar dengan semua A+. Gred purata negeri juga meningkat kepada 4.49, dengan 90.82 peratus pelajar layak menerima sijil, menunjukkan peningkatan sebanyak 0.61 peratus berbanding tahun 2022,” katanya di sini hari ini.

Pelajar yang diraikan, Luqman Hakim Shahrul Hasnni, 18, mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana menghargai pelajar-pelajar SPM tahun 2023.

Bekas pelajar SMK Agama Al-Mashoor ini sedang mengikuti pengajian di peringkat A Level sebagai persediaan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Kimia di luar negeri.

Bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kepala Batas yang cemerlang dalam SPM, Danial Hakim Mohd Nasir, 18, terharu atas penghargaan kerajaan negeri atas kejayaan cemerlang dalam SPM tahun lalu dan berjanji berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai impian sebagai seorang doktor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya