Pelacuran: Suami terlepas dakwaan jadi orang tengah, isteri melacur diri

Pelacuran: Suami terlepas dakwaan jadi orang tengah, isteri melacur diri

AHMAD Nizam (dua dari kanan) dan isterinya, Nor Syuhada (tengah) bersama peguam syarie, Fazru Anuar Yusof (kanan) di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini melepas tanpa bebas suami isteri daripada tiga tuduhan terbabit kegiatan pelacuran, lima tahun lalu.

Hakim Hamidi Syafie membuat keputusan itu setelah menggugurkan tuduhan terhadap Ahmad Nizam A. Aziz, 38, dan isterinya, Nor Syuhada Abu Hassan, 37.

Ahmad Nizam didakwa atas tuduhan  menjadi orang tengah bagi kegiatan menyalahi hukum syarak iaitu perlakuan sumbang isterinya dan lelaki lain.

Ahmad Nizam yang bekerja sebagai buruh melakukan perbuatan itu di sebuah bilik sebuah hotel di bandar raya ini pada 24 dan 25 Julai 2019.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 28 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 27(1) Enakmen sama kerana melacurkan isterinya di lokasi, waktu dan hari yang sama.

Sementara itu, Nor Syuhada turut didakwa melakukan perbuatan sebagai persediaan melacurkan diri di lokasi sama antara pukul 10 sehingga pukul 10.20 malam pada 25 Julai 2019.

Wanita itu yang bekerja sendiri didakwa di bawah Seksyen 25 Enakmen yang sama.

Mereka sebelum ini berdepan hukuman denda RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau maksimum enam sebatan atau mana-mana kombinasi hukuman, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua tertuduh diwakili peguam syarie, Fazru Anuar Yusof. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya