Pelaburan RM120,000 lebur 

Pelaburan RM120,000 lebur 

AZLI MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Impian seorang lelaki untuk memperoleh keuntungan RM286,800 dengan cara mudah, musnah selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud secara bersemuka di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, seorang lelaki berusia 28 tahun membuat pinjaman peribadi bernilai RM120,000 dan berurusan dengan individu dikenali berkaitan pelaburan sebuah syarikat April lalu.

Pada 3 Mei, mangsa yang bekerja di unit perubatan farmasi, berbincang dengan dua wanita di mana salah seorang daripadanya merupakan dealer dalam pelaburan tersebut.

“Mangsa telah menyerahkan wang sebanyak RM138,000 secara berperingkat melalui serahan tangan kepada wanita berkenaan sebagai modal pelaburan dan dijanjikan keuntungan sebanyak RM286,800.

“Pada Jun hingga Ogos lepas, mangsa mendapat sedikit pulangan wang dilaburkan sebanyak RM18,000. Bagaimanapun sehingga sekarang mangsa tidak dapat sepenuhnya wang miliknya yang dilaburkan dalam pelaburan tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mangsa yang berasa diperdaya telah membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya