Pelaburan haram: Komplot sindiket, pegawai bank peroleh 12 peratus komisyen

Pelaburan haram: Komplot sindiket, pegawai bank peroleh 12 peratus komisyen

Sidang Dewan Rakyat hari ini antara fokus isu 1BestasiNet.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pegawai bank didakwa memperoleh keuntungan komisyen sebanyak 12 peratus daripada Skim Pelaburan Haram bagi membantu sindiket tersebut memperdaya masyarakat.

Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong memberitahu, masalah membabitkan Skim Pelaburan Haram sudah berlarutan terlalu lama dan semakin berleluasa.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas bagi menangani aktiviti sindiket berkenaan.

“Ada pegawai bank yang terlibat (dengan sindiket tersebut). Kenapa? Syarikat tersebut, mereka (akan) beri 12 peratus kepada ejen yang berjaya membantu mereka mendapatkan pelabur.

“Jadi, kita perlu bertindak dengan segera, adakan pasukan petugas khas untuk mengkaji semula semua akta yang sedia ada untuk menangani masalah skim pelaburan haram,” katanya semasa Sesi Kamar Khas di Bangunan Parlimen, hari ini.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengambil pendekatan dua hala untuk menangani isu jenayah kewangan termasuk scammer (penipuan).

“Ini menerusi pelbagai tindakan pencegahan dan penguatkuasaan, selain memperkasa pelabur melalui aktiviti-aktiviti pendidikan.

“Pendidikan mesti dijalankan berterusan tetapi pada masa sama kita mesti mengadakan langkah-langkah untuk mencegah apabila ia betul-betul berlaku,” jelasnya.

Tambahnya, SC sudah mengeluarkan notis henti operasi dan menyekat laman web dengan Suruhanjaya Komunikasi Media Malaysia (MCMC) bagi membendung masalah scammer. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya