Peja menang Naib Presiden Bersatu, Ronald Kiandee dan Radzi pertahan jawatan

Peja menang Naib Presiden Bersatu, Ronald Kiandee dan Radzi pertahan jawatan

AHMAD FAIZAL AZUMU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memenangi jawatan Naib Presiden parti itu bagi penggal 2024-2027.

Ahmad Faizal yang juga Ketua Bersatu Bahagian Tambun meraih sebanyak 9,278 undi.

Selain beliau, Ketua Bersatu Sabah, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee dan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Mohd Radzi Jidin diumumkan secara rasmi mengekalkan jawatan Naib Presiden Bersatu bagi penggal 2024/2026.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi Jawantankuasa Pemilihan Parti (JPP) Bersatu Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi.

“Dua penyandang tetap Mohd. Radzi memperolehi undian tertinggi iaitu sebanyak 11,690 undi dan Ronald Kiandee 11,295 undi,” kata beliau.

Bagi jawatan Pengerusi Tetap Bersatu pula dimenangi Datuk Mohd. Suhaimi Abdullah dengan undi sebanyak 10,152 manakala Timbalannya Mohd Hanafiah Hamzah pula mendapat 7, 331

Abdul Azim menambah, sebanyak 169 bahagian telah bersidang, menjalankan pemilihan dan pengundian peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) .

“Sejumlah 74 Bahagian telah menjalankan pemilihan di peringkat bahagian dan baki 95 bahagian telah mencatatkan kemenangan tanpa bertanding bagi semua jawatan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya