Peguam mereka belum hubungi saya - Aisha Retno - Utusan Malaysia

Peguam mereka belum hubungi saya – Aisha Retno

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Aisha Retno, memaklumkan pihaknya belum menerima sebarang panggilan telefon daripada syarikat guaman mewakili Kharisma Music berikutan tuntutan berjumlah RM77,000.

Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 24, turut terkejut dengan sidang media yang dilakukan mereka, semalam.

“Pihak penganjur tidak menghubungi saya sebelum ini dan tiba-tiba adakan sidang media.

“Peguam mereka pun belum hubungi saya,” katanya ringkas kepada Utusan Malaysia.

Bagaimanapun, Naib Juara Anugerah Juara Lagu ke-38 itu tidak boleh mengulas lanjut mengenai perkara yang dibangkitkan sebaliknya menyerahkan isu tersebut diselesaikan oleh peguam yang dilantik.

“Sekarang saya masih menunggu kemas kini terbaharu daripada peguam saya,” tambahnya.

Terdahulu, penganjur Kharisma Music, Yuka Kharisma, menuntut baki bayaran RM77,000 yang dipinjam oleh Aisha Retno semasa pertandingan Anugerah Juara Lagu ke-38, Mac lalu.

Malah, menurut Yuka, bayaran tersebut sepatutnya dilunaskan menerusi penganjuran Konsert Malam Sutera Aisha Retno pada 16 November namun dibatalkan kerana jualan tiket tidak memberangsangkan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya