SEREMBAN: Seorang pegawai perakaunan syarikat wanita, berputih mata selepas menanggung kerugian RM209,00 akibat ditipu dalam urusan jual beli hartanah.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, pada akhir Disember tahun lalu, mangsa dalam lingkungan 30-an, berurusan dengan seorang ejen hartanah untuk memohon pinjaman bagi pembelian sebuah kedai berharga RM158,000.
“Pada awal 2024, pengadu dihubungi ejen bank yang menjanjikan akan membantu mempercepatkan proses permohonan pinjaman, dan pengadu membuat pembayaran secara berperingkat bermula 28 Disember 2023 hingga 6 Oktober lalu dengan jumlah keseluruhan RM209,980.70.
“Mangsa mengesyaki ditipu selepas mendapati tiada sebarang permohonan pinjaman dibuat dengan pihak bank oleh ejen. Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis (IPD) Nilai membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan,” katanya kepada pemberita di sini. – UTUSAN