KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 21 pegawai kanannya berkuat kuasa 16 Disember ini.
Setiausaha Polis Malaysia PDRM, Datuk Kamaruzaman Abdullah berkata, Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Azmi Abu Kassim bertukar sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman.
Menurutnya, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan/ Peperiksaan/ kompetensi) Bahagian Latihan Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar bertukar sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (latihan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman dengan memangku pangkat Deputi Komisioner (DCP).
“Turut bertukar Timbalan Pengarah Narkotik (penguatkuasaan/pencegahan/kepolisan am) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (SAC), Mat Zani @ Mohd. Salahuddin Che Ali sebagai Timbalan Pengarah Narkotik (risikan/operasi) JSJN Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.
“Asisten Komisioner (ACP) Ketua Inspektorat Kejuruteraan Pasukan Gerakan Udara (PGU) JKDNKA Bukit Aman, ACP, Che Bokhari Mohamad @ Ab Hamid bertukar sebagai Timbalan Komander (Kejuruteraan) PGU JKDNKA Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.
“Sementara itu, Ketua Operasi Penerbangan PGU JKDNKA Bukit Aman , ACP Zaman Shah Omar bertukar ke jawatan SAC Gerakan Bahagian Gerakan JKDNA Bukit Aman,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, Timbalan Komander Pasukan Polis Marin (PPM) (Kepolisan am/ Strategik/Siasatan) JKDNKA Bukit Aman, ACP Shamsol Kassim bertukar sebagai Komander PPM JKDNKA Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.
“Turut bertukar adalah Pegawai Turus E3A1, Cawangan Khas Bukit Aman, ACP Goh Saw Khim sebagai Ketua Penolong Pengarah E5 Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.
“ACP Urus Setia Cawangan Khas Bukit Aman, ACP Gurcharan Singh Udham Singh pula bertukar sebagai Penolong Pengarah E9, Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.
“Penolong Pengarah Narkotik (risikan/perhubungan antarabangsa) JSJN Bukit Aman, ACP Mohd. Zaki Ashar sebagai Timbalan Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan/Pencegahan/kepolisan am) JSJN Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC,” katanya.
Dalam pada itu, Kamaruzaman berkata, Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Korporat/Persatuan/syarikat) Jabatan Siasatan Komersial (JSJK) Bukit Aman, ACP Muhamad Tarmizi Awang bertukar ke Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kedah dengan memangku SAC.
“Ketua JSJK Sarawak, Superintenden Maria Anak Rasid kekal dengan jawatan sekarang dan memangku pangkat ACP.
“Ketua Inspektorat Kejuruteraan Mekanikal PGU JKDNKA Bukit Aman, Superintenden Sibie Anak Ribot bertukar sebagai ACP Ketua Inspektorat Kejuruteraan PGU JKDNKA Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP,” katanya.
Katanya, Superintenden E3A3/A Cawangan Khas Bukit Aman, Superintenden Mat Zailani Budin sebagai Pegawai Turus E3A1 Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP.
“Superintenden PPM JKDNKA Bukit Aman, Superintenden AG Matyassin Ag Ahmad bertukar sebagai Timbalan Komander PPM (Kejuruteraan) JKDNKA Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP.
“Turut bertukar adalah Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi Kontinjen Perlis, Superintendan Megat Ayonb sebagai Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Kontinje Pahang dengan memangku pangkat ACP,” katanya.
Menurut Kamaruzaman, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan pula sebagai Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan dan Keselamatan Komuniti (Operasi) Kontinjen Kedah dengan memangku pangkat ACP.
“Superintendan E8A2/A Cawangan Khas Bukit Aman, Superintendan Sufian Ali pula sebagai Penolong Pengarah E8B Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP.
“Superintenden Siasatan JSJK Selangor, Superintenden Izwan Abd Karim bertukar sebagai Timbalan Ketua JSJK (Siasatan/Perundangan) Selangor dengan memangku pangkat ACP.
“Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tan Seng Lee kekal di jawatan sekarang dengan memangku pangkat ACP sementara Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Melaka, Superintendan Aniesa Hanum Ahamad akan bertukar sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Melaka dengan memangku pangkat ACP,” katanya.
Tambahnya, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak pula kekal di jawatan disandang sekarang dengan memangku pangkat ACP. – UTUSAN