PDRM kerjasama MCMC, Meta isu ‘grooming’, pedofilia

PDRM kerjasama MCMC, Meta isu seks ‘grooming’, pedofilia

Tan Sri Razarudin Husain
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) berhubung kewujudan kumpulan yang menjalankan aktiviti pengantunan seksual kanak-kanak atau seks grooming dan pedofilia di akaun media sosial.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, tindakan diambil melalui Unit Siasatan Jenayah Siber (Internet) Terhadap Kanak-Kanak Malaysia (MICAC) Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman 

“D11 JSJ akan mendapatkan maklumat dan bantuan daripada MCMC serta pihak Meta berhubung perkara tersebut. 

“Siasatan lanjut sedang dijalankan berhubung perkara tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

27 Oktober lalu, PDRM mengesahkan telah menjalankan siasatan mengenai dakwaan kewujudan kumpulan yang menjalankan aktiviti pengantunan seksual kanak-kanak di akaun media sosial

Sebelum ini, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengesahkan MCMC ada menerima aduan mengenai kewujudan kumpulan pengantunan seksual kanak-kanak di akaun media sosial.

Beliau dilapor berkata, suruhanjaya itu sedang bekerjasama dengan Meta dan polis bagi melakukan siasatan lanjut.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya