PDRM dapatkan nasihat AGC siasatan Teoh Beng Hock

PDRM dapatkan nasihat AGC siasatan Teoh Beng Hock

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan merujuk kembali Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung arahan Mahkamah Tinggi semalam untuk mereka melengkapkan semula kertas siasatan membabitkan kematian bekas Setiausaha Politik, Teoh Beng Hock.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tindakan itu diambil bagi mendapatkan nasihat selain meneliti kembali keterangan yang sudah diambil sebelum ini.

Kata beliau, PDRM akan menggunakan saksi sedia ada daripada siasatan yang terdahulu kerana buat masa ini tiada pertambahan saksi lain yang boleh membantu siasatan.

“Kita juga cuba untuk mendapatkan keterangan yang baharu, sekiranya ada saksi-saksi yang boleh tampil ke hadapan yang boleh tambah nilai kepada siastan tersebut.

“Siasatan tersebut juga sebelum ini telah pun pihak PDRM jalankan dan telah merujuk kepada pihak AGC dan (kertas siasatan) ‘berpatah balik’.

“Buat masa sekarang kita akan mendapatkan juga nasihat daripada pejabat AGC untuk merujukkan semula kertas siasatan ini dan melihat keterangan keterangan yang ada, apa yang perlu kita kita lengkapkan, insya-Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) 6 bagi Inspektor, Sarjan dan Konstabel Pelatih di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini hari ini

Mengulas lanjut, Razarudin berkata, siasatan berkenaan akan diketuai oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd Zain yang sudah meneliti kes terbabit sebelum ini.

“Siasatan itu kita jalankan seperti arahan yang diberikan dan Pengarah JSJ sebelum ini sudah melihat kes Beng Hock ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai tempoh masa enam bulan yang diberikan Mahkamah Tinggi, Razarudin optimis bahawa masa yang diberikan itu lebih daripada mencukupi.

“Memang kita boleh capai sebenarnya. Siasatan kita pada mulanya memang kita sudah lengkapkan sepenuhnya.

“Sudah 15 tahun siasatan kes ini berjalan dan kertas siasatan ini sudah turun naik, turun naik pejabat AGC.. kita ambil tindakan dan kemudian ada arahan terbaharu.

“Dan kali ini ada arahan terbaharu dari Mahkamah Tinggi, maka kita patuh. Tetapi perbincangan tentang keterangan-keterangan yang ada pada pihak AGC itu sangat penting bagi pihak kita untuk teruskan lagi siasatan,”katanya.

Semalam, Mahkamah Tinggi memerintahkan PDRM melengkapkan siasatan berhubung kematian Teoh Beng Hock dalam masa enam bulan.

Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (kini hakim Mahkamah Rayuan) membuat perintah itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh ibu bapa mendiang.

Beng Hock ditemui mati di tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam, pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 bangunan sama.

Wan Ahmad Farid dalam keputusannya berkata, tuntutan dan relif yang dipohon oleh ibu bapa mendiang, dari segi intipatinya adalah dalam domain undang-undang awam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya