Paul mudah jinakkan Tyson

Paul mudah jinakkan Tyson

FAKTOR usia menjadi punca Mike Tyson tumpas kepada Jake Paul.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARLINGTON: Lagenda tinju dunia, Mike Tyson gagal meraikan kepulangan sensasi ke gelanggang selepas tumpas kepada Jake Paul iaitu seorang berpengaruh media sosial yang kini menjadi petinju profesional.

Paul yang berusia 27 tahun menewaskan ikon heavyweight itu melalui keputusan sebulat suara dalam pertarungan di Texas dengan ketiga-tiga kad juri memihak kepadanya dengan kiraan 80-72, 79-73, dan 79-73.

Tyson, yang berusia 58 tahun, hampir tidak berjaya melakukan serangan meyakinkan sepanjang lapan pusingan pertarungan di Stadium AT&T, Arlington.

Dalam pertarungan itu, Paul jelas memanfaatkan kepantasan dan pergerakannya yang lebih baik untuk mudah mendominasi Tyson yang semakin berusia.

Pada pusingan ketika, Paul hampir mencederakan bekas juara heavyweight tanpa kalah itu selepas melancarkan siri pukulan bertubi-tubi.

Bagaimanapun, Paul gagal memberikan pukulan knockout (KO) yang dijanjikannya semasa sesi timbang berat badan semalam, di mana Tyson menampar mukanya.

Tyson pula kelihatan sudah hilang sentuhannya pada usia 58 tahun, hanya berjaya melancarkan beberapa pukulan meyakinkan sepanjang pertarungan itu.

Ketika saat-saat akhir pusingan kelapan, Paul sempat memberi tunduk hormat kepada Tyson sebelum loceng berbunyi, menandakan tamatnya pertarungan.

Biarpun tewas, Tyson belum menganggap pertarungan itu yang terakhir buatnya dan mensasarkan adik Paul, Logan untuk perlawanan seterusnya.

Bagi Paul pula, yang berjaya menjatuhkan lawannya dalam kesemua 10 pertarungan sebelum ini, lebih yakin untuk menentang mana-mana petinju walaupun gagal menumbangkan Tyson yang sudah berusia.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya