Pasukan khas siasat kejadian renjatan elektrik dalam bas - Anthony Loke

Pasukan khas siasat kejadian renjatan elektrik dalam bas – Anthony Loke

ANTHONY LOKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pengangkutan menggantung operasi sebuah syarikat bas ekspres  selain  menubuhkan pasukan khas  bagi menyiasat kejadian seorang remaja lelaki maut terkena renjatan elektrik di Pulau Pinang kelmarin.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pasukan khas itu terdiri daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).

Menurut beliau, pihaknya  telah mengarahkan APAD untuk segera menggantung operasi bas yang terlibat bagi membolehkan siasatan dilakukan oleh JPJ.

“Kementerian Pengangkutan memandang serius insiden renjatan elektrik yang mengorbankan seorang remaja ketika mengecas telefon dalam bas ekspress yang dinaikinya.

“Saya telah mengarahkan APAD untuk menggantung operasi bas yang terbabit serta-merta untuk siasatan lanjut oleh pihak JPJ.

“Satu pasukan petugas khas (Special Task force) yang terdiri daripada JPJ, APAD dan MIROS juga akan diaktifkan untuk menyiasat punca insiden tersebut untuk memastikan insiden seperti ini tidak berulang dan keselamatan penumpang sentiasa terjamin.

“Saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa,” katanya menerusi Facebook miliknya, hari ini.

Dalam kejadian kelmarin, seorang remaja lelaki maut dengan tangan kirinya melecur akibat terkena renjatan elektrik ketika mengecas telefon bimbitnya di soket bas ekspres dalam kejadian di Terminal bas Penang Sentral, Butterworth.

Dalam kejadian pukul 6 petang itu, mangsa, Mohamad Nur Asymawi Jasmadi, 18, ketika itu menaiki bas berkenaan untuk perjalanan ke Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abd. Rahman dilaporkan berkata, insiden itu disedari penumpang lain sebelum kejadian dilaporkan kepada pihak polis oleh pemandu bas berusia 36 tahun jam 7.40 malam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya