Pasport Keselamatan Kurier jamin keselamatan penghantaran bungkusan

Pasport Keselamatan Kurier jamin keselamatan penghantaran bungkusan

FAHMI Fadzil ketika acara perasmian majlis Sambutan Hari Kurier Negara 2024 di Cyberjaya.- UTUSAN/ FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

mCYBERJAYA: Program Pasport Keselamatan Kurier adalah inisiatif penting bagi mempromosikan budaya keselamatan penghantaran dalam industri kurier di negara ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pasport keselamatan kurier itu diharap mampu melindungi pekerja dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan kurier.

Beliau berkata, ia juga satu usaha baik bagi memastikan pengendalian barang yang selamat dan melindungi keselamatan pekerja dalam industri itu.

“Selepas ini, para pelanggan akan dapat membuat pilihan lebih bijak yang kita jangka akan membantu sektor kurier membuat kawalan kendiri terutama untuk menjamin keselamatan pekerja mereka.

“Ini satu usaha yang cukup kita sambut dengan baik dan harap lebih banyak syarikat kurier akan terlibat dalam masa yang tidak terlalu lama,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Kurier Negara 2024, di sini hari ini.

Terdahulu, Fahmi menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Forum Pos/Persatuan Penghantar Ekspres Malaysia (AMEC) dengan kerjasama MIROS dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bagi melaksanakan program itu.

Terdahulu, dalam ucapannya, Fahmi berkata, industri kurier menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih 160,000 rakyat Malaysia dengan 104 syarikat diberikan lesen kurier.

Menurutnya, industri kurier akan terus berkembang selaras dengan sasaran kadar pertumbuhan kerajaan sebanyak 30 bungkusan per kapita menjelang 2025.

“Menurut data Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada tahun 2023, industri kurier telah mencapai kadar
26.1 bungkusan per kapita. Angka ini menunjukkan kemajuan yang positif ke arah sasaran menjelang 2025,” katanya.

Jelasnya lagi, pemain industri juga perlu berkembang pesat seiring kemajuan teknologi  digital termasuk meneroka potensi besar transformasi kecerdasan buatan (AI).

“Teknologi AI perlu dimanfaatkan dalam mengadaptasi solusi logistik pintar, sistem jejak masa nyata dan analitik canggih untuk mengoptimumkan laluan penghantaran serta meningkatkan
pengalaman pelanggan,” katanya.

Hari Kurier Negara disambut buat kali pertama tahun ini dan selepas ini ia akan disambut pada 1 November setiap tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya