Pasar Besar Meru sekali lagi diserbu

Pasar Besar Meru sekali lagi diserbu

Pasar Besar Meru
PASUKAN penguat kuasa MBDK membuat sitaan ikan ke atas seorang peniaga dekat Kompleks Pasar Besar Meru, di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Pasar Besar Meru masih lagi menjadi lokasi tumpuan warga asing berniaga apabila dilihat bertempiaran lari ketika premis itu diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor dan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).

Dalam operasi bermula pukul 9.30 pagi itu, gelagat sebahagian besar warga asing dilihat memerhatikan kenderaan pihak berkuasa memasuki kawasan pasar sebelum melarikan diri, malah ada antara mereka sanggup berkaki ayam selain melompat melalui tingkap kerana takut ditangkap.

Ketua Sektor Pencegahan Seksyen Penguatkuasa KPDN Selangor, Md. Zaki Abd. Samad berkata, seramai 30 anggota penguat kuasa daripada KPDN Selangor dan MBDK yang terlibat dalam operasi berkenaan, yang bermula pukul 9.30 pagi sehingga 11 pagi.

“Operasi ini adalah pemeriksaan mengejut terhadap peniaga pasar tersebut untuk memastikan mereka mematuhi kesemua peraturan yang ditetapkan KPDN dan MBDK.

“Sebanyak 350 premis yang diperiksa dalam operasi yang terdiri daripada peniaga ayam, daging, sayur dan lain-lain,” katanya ketika ditemui selepas operasi itu.

Bagaimanapun, tiada warga asing yang ditahan kerana operasi tersebut tidak melibatkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, menerusi operasi tersebut, 11 kes dihasilkan terdiri daripada tujuh kes kesalahan di bawah Akta Timbang Dan Sukan 1972, tiga kes di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan satu kes bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Manakala bagi pihak MBDK pula, sebanyak tiga kes yang berjaya dihasilkan mereka di bawah Undang-Undang Kecil Pasar (Majlis Perbandaran Klang) 2007.

“MBDK turut menyita hasil laut satu peniaga kerana perniagaan tersebut disyaki milik warga asing yang menjalankan perniagaan ketika operasi berkenaan.

“Pemeriksaan KPDN ke atas harga ayam, daging, sayur dan beberapa harga barang keperluan lagi mendapati peniaga masih menjual kesemua bahan makanan itu mengikut harga yang dibenarkan oleh kerajaan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya