Pas sokong usaha Anwar ajak negara Arab, Islam usir Israel dari PBB

Pas sokong usaha Anwar ajak negara Arab, Islam usir Israel dari PBB

MOHD. Amar Nik Abdullah (kiri) mengiringi Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud (dua dari kiri) pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Hududullah Peringkat Negeri Kelantan 1446H/2024M di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, Kota Bharu, Kelantan hari ini. - UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas menyokong usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak semua negara Arab dan Islam membina konsensus ke arah menggantung atau mengusir Israel dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Naib Presidennya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, ia adalah satu usaha yang baik kerana kekejaman dan keganasan Israel sudah jelas terbukti.

“Mahkamah antarabangsa dan beberapa negara sudah membuat kenyataan mengenai perkara itu. Jadi ia (konsensus) memang satu usaha yang baik kerana Palestin bukan hanya isu agama tetapi isu keadilan sejagat.

“Keganasan yang dilakukan oleh Israel itu tidak sepatutnya berlaku,” katanya selepas Maj­lis Perasmian Sambutan Hari Hududullah Peringkat Negeri Kelantan 1446H/2024M di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, di sini, semalam.

Mohd. Amar berkata, mampu atau tidak konsensus tersebut dibina adalah bergantung kepada sokongan dunia terutama negara-negara Islam itu sendiri.

Katanya, sudah tentu akan ada cabaran besar dalam me­realisasikannya kerana terdapat beberapa negara Islam yang dilihat seperti masih menyokong Israel.

“Sepatutnya sebaik sahaja isu Palestin berlaku, semua negara Islam perlu memainkan pe­ranan dalam membela Palestin.

“Tetapi itu tidak berlaku dan sebahagian negara Islam masih lagi takut-takut dengan Amerika Syarikat. Itulah perkara malang dalam isu Palestin ini sehinggakan berpuluh ribu rakyatnya telah terkorban,” ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru masyarakat dunia untuk membina kesepakatan bagi menggantung atau menyingkirkan Israel daripada keanggotaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya