PARLIMEN: Tiada MRSM elit 

 PARLIMEN: Tiada MRSM elit 

RUBIAH WANG - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak berhasrat untuk mewujudkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)  khusus untuk segmen masyarakat elit berpendapatan tinggi di negara ini.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, sehingga kini tiada MRSM yang dikategorikan sebagai MRSM elit.

Bagaimanapun beliau berkata, pengurusan Majlis Amanah Rakyat (Mara)  telah memperkenalkan lima program MRSM bagi mempertingkatkan sistem pendidikan MRSM.

“Buat masa ini terdapat 57 buah MRSM yang sedang beroperasi. Kesemua MRSM tersebut melaksanakan kurikulum standard kebangsaan dan menjalankan beberapa program nilai tambah.

“Terdapat lima program sistem pendidkan MRSM iaitu Bitara, Ulul Albab, Sijil Am Antarabangsa Pendidikan Menengah (IGCSE), Teknikal dan Premier.

“Mara tidak mempunyai sebarang MRSM yang di kategorikan sebagai MRSM elit,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Salamiah Mohd Nor (PN-Temerloh) yang meminta menyatakan berapa bilangan dan senaraikan MRSM elit di negara ini yang dikhaskan untuk golongan tertentu sahaja dan apakah syarat kemasukan ke MRSM elit.

Tambah Rubiah, peminjam yang tidak membayar hutang akan dimasukkan ke dalam senarai hitam yang bersifat sementara.

“Sistem senarai hitam ini dikenakan apabila peminjam tidak membayar tiga bulan. Kita mengenakan senarai hitam kepada peminjam berkenaan namun ia bersifat sementara.

“Tujuan dibuat perkara tersebut kerana mahu peminjam itu datang untuk jumpa MARA dan menyelesaikan isu tersebut agar perkara tidak berlanjutan. 

“Kebiasaan selepas mereka jumpa MARA, mereka akan bayar dan automatik senarai hitam itu tidak ada lagi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya