PARLIMEN: Tiada menteri, timbalan menteri terlibat proses pemilihan - Fahmi

PARLIMEN: Tiada menteri, timbalan menteri terlibat proses pemilihan – Fahmi

IHSAN JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Proses penilaian dan pemilihan syarikat syarikat U Mobile Sdn. Bhd. bagi melaksanakan Rangkaian 5G Kedua Malaysia tidak melibatkan mana-mana Menteri dan Timbalan Menteri, menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata, proses itu juga tidak melibatkan pengaruh pemegang saham syarikat asing dan tempatan kerana ia tidak melanggar syarat keputusan.

“Menteri dan Timbalan Menteri tidak terlibat dalam sebarang proses penilaian ini. Maka, mereka (Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC)) telah meneliti dan memastikan bahawa isu pegangan saham yang saya nyatakan iaitu tidak lebih daripada 49 peratus pegangan asing yang mana itu telah dipenuhi. 

“Pihak U Mobile juga telah memaklumkan bahawa pegangan asing akan dikurangkan kepada 20 peratus. Jadi, dari aspek pegangan sama ada asing atau tempatan, ia tidak melanggar syarat-syarat bagi keputusan yang telah dibuat,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) yang meminta Fahmi menjelaskan sama ada pemilihan syarikat U Mobile sebagai penyedia Rangkaian Kedua 5G mengambil kira faktor siapa individu tertentu yang memiliki saham dalam syarikat tersebut.

Sebelum itu, Fahmi berkata, pemilihan syarikat U Mobile bagi melaksanakan Rangkaian 5G Kedua Malaysia adalah melalui proses tender, dan bukannya secara penganugerahan terus atau ‘direct award’. 

Jelasnya, kerajaan melalui MCMC telah melaksanakan proses terperinci dari aspek teknikal dan komersial untuk memilih Pengendali Rangkaian Mudah Alih Mobile Network Operator (MNO) yang akan melaksanakan Rangkaian 5G Kedua Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya