[Parlimen] Siasatan rasuah ADUN Sabah diterus SPRM, kerajaan tidak sekat

PARLIMEN: Siasatan rasuah ADUN Sabah diterus SPRM, kerajaan tidak sekat

ANWAR IBRAHIM - JABATAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyiasatan terhadap rasuah didakwa melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah akan diteruskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tanpa sekatan kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan mengambil tindakan yang tegas terhadap isu rasuah.

Beliau menafikan bahawa terdapat usaha untuk mengekang dan menyekat siasatan SPRM terhadap isu rasuah yang membabitkan wakil-wakil rakyat Sabah.

“Saya tahu ia tidak mudah (tangani rasuah) kerana sukar untuk memerangi rasuah apabila melibatkan golongan ‘maha kaya’ kerana (mereka mempunyai) ramai penyokong. Saya telah diberi maklum bahawa hal ini akan diteruskan termasuk siasatan terhadap ADUN Sabah.

“Siasatan diteruskan, ADUN-ADUN berkaitan dipanggil, setakat itu saya boleh beri makluman tetapi tidak benar sama sekali kalau dikatakan ada usaha untuk mengekang dan menyekat (siasatan),” katanya sewaktu sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan  Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) yang meminta Perdana Menteri menyatakan tahap pencapaian kerajaan setelah mencapai usia dua tahun pemerintahan dalam melaksanakan pelbagai janji reformasi antaranya usaha memerangi rasuah, memperkukuh integriti institusi, memperkasa sistem demokrasi serta menjamin kebebasan media dan hak bersuara.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, negara tidak akan selamat sekiranya isu rasuah tidak dibanteras hingga ke akar umbi.

“Saya mewakili satu pandangan dan saya percaya rakan-rakan di sebelah sana (blok pembangkang) khususnya DAP dan Pas dulu memang cukup keras dalam membongkar kes-kes rasuah yang bukan sahaja melibatkan satu pihak tetapi banyak.

“Saya mewakili pandangan bahawa rasuah itu telah menjadi sistemik, dilihat setiap agensi, jabatan, kementerian itu kalau dibongkarkan, kecelaruannya teruk,” jelasnya.

Tamb beliau, dirinya memerlukan kerjasama dan dukungan daripada semua pihak untuk menangani isu rasuah.

“(Ini) kerana setiap kali dihadapkan ke mahkamah (atau) disiasat, tanggapan itu adalah dari segi motif politik, jadi ini agak sukar,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya