PARLIMEN: Sembilan lokasi dikenal pasti Pusat Pemindahan Kekal Bencana 

PARLIMEN: Sembilan lokasi dikenal pasti Pusat Pemindahan Kekal Bencana 

AHMAD ZAHID HAMIDI - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sembilan lokasi dikenal pasti sebagai perintis Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada mangsa bencana di Kelantan, Johor, Pahang, Terengganu, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Sarawak dan Sabah.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata,  PPKB itu merangkumi dewan penempatan sementara serta kemudahan lain untuk mangsa dan petugas.

“Apa yang kita laksanakan PPKB itu kebanyakannya melibatkan beberapa sekolah. Sekolah menggunakan kelas atau dewan mereka (sebagai penempatan sementara). Apa yang Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) lakukan ketika ini adalah memperbanyakkan lagi tandas dan tempat kemudahan memasak.

“Pusat-pusat ini juga kita telah mulakan (pembinaannya) melalui kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM), Pihak Berkuasa Negeri dan Jawatankuasa Bencana Daerah,” katanya pada sesi penggulungan Belanjawan 2025 oleh KKDW di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) yang mencadangkan kerajaan agar Pusat Pemindahan Banjir ditambah mengikut negeri yang terjejas.

Sementara itu, Zahid yang juga Pengerusi NADMA berkata, peruntukan RM600 juta oleh kerajaan kepada NADMA boleh ditingkatkan sekiranya terdapat situasi yang memerlukan peruntukan itu ditambah.

“Saya juga ingin memaklumkan bahawa sebanyak RM600 juta telah diperuntukkan kepada NADMA namun jumlah itu boleh ditambah sekiranya terdapat keperluan mendesak.

“Ini terkait dengan apa yang ditanya oleh Zahir Hassan (PH-Wangsa Maju) yang menggesa kerajaan untuk memberi peruntukan tambahan bagi menghadapi bencana.

“Saya juga ingin menyebut bahawa Rancangan Tebatan Banjir (RTB) juga dimasukkan dalam program menangani permasalahan banjir yang mana ia diuruskan oleh Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (Petra),” katanya.

Beliau turut memaklumkan agensi itu telah menggerakan badan bukan kerajaan (NGO) umpamanya Persatuan Pacuan Empat Roda, Persatuan Radio Amatur dan Sukarelawan serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk membantu mangsa bencana. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya