PARLIMEN: Saya bukan nak bagi tazkirah, tapi ingatkan jangan tabur fitnah - Kor Ming

PARLIMEN: Saya bukan nak bagi tazkirah, tapi ingatkan jangan tabur fitnah – Kor Ming

NGA Kor Ming di Dewan Rakyat, hari ini. - IHSAN JABATAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengambil kesempatan ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 menegur ahli Parlimen pembangkang yang dikatakan telah menabur fitnah di Dewan Rakyat.

Kor Ming mendakwa Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) telah memfitnah bekas menteri DAP yang dikatakan mempunyai wang RM94 juta di dalam rumah, sekali gus menyifatkan ia sebagai suatu pembohongan.

“Saya sebagai mantan Yang Dipertua, saya bukan nak bagi tazkirah, kepada semua rakan ambil iktibar bersama di dalam Dewan ini bukan untuk tabur fitnah. Sebagai Ketua Whip DAP, saya ingin merakamkan perasaan amat kesal apabila Pendang bohong dan tabur fitnah, sekali gus menjatuhkan imej Dewan Parlimen termasuk buat tuduhan ada RM94 juta wang tunai di dalam rumah bekas menteri DAP.

“Ini nawaitu sangat jahat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah keluarkan kenyataan, itu satu pembohongan,” katanya.

Datuk Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) kemudian bangun mencelah dan menyifatkan tindakan Kor Ming itu ‘unparliamentary’, malah Chong Zhemin (PH-Kampar)  turut juga bangun mencelah dan mempersoal mengapa Awang tidak mempertahankan dirinya.

“Dap tolong bagi award (anugerah) pada Kampar sebab menggembirakan DAP,” ujarnya lagi.

Awang sebelum ini pernah membangkitkan dakwaan penemuan wang tunai berjumlah RM94 juta yang dikaitkan dengan seorang bekas Menteri Sumber Manusia daripada DAP.

Ahli politik Pas itu mempersoal siasatan kes berkenaan oleh SPRM kerana sudah lebih setahun ia dibangkitkan.

Susulan itu juga, SPRM tampil menjelaskan bahawa dakwaan Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki pernah mengeluarkan kenyataan bahawa RM94 juta ditemui di kediaman bekas menteri adalah tidak tepat.

SPRM memaklumkan, Ketua Pesuruhjaya suruhanjaya terbabit mahupun SPRM tidak pernah membuat sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut seperti dinyatakan Awang.

Selain itu,  Bekas Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar turut menafikan beliau terlibat dengan penemuan RM94 juta seperti didakwa Awang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya