PARLIMEN: Rugi RM300 juta akibat scam

PARLIMEN: Rugi RM300 juta akibat scam

M. KULASEGARAN semasa Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM300 juta kerugian dilaporkan berpunca daripada panggilan penipuan atau scam.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi).

M. Kulasegaran berkata, Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) merekodkan 131,036 jumlah panggilan diterima orang ramai sejak Oktober 2022 hingga September lalu.

Bagaimanapun, kata beliau, NSRC mendapati sejumlah 52,836 panggilan merupakan panggilan scam dengan jumlah kerugian dilaporkan sebanyak RM302.1 juta.

Jelasnya, kerajaan sedang dalam usaha menggubal Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian yang diyakini dapat menangani jenayah kewangan dalam talian.

“Usaha penggubalan RUU ini adalah sebagai langkah untuk memastikan suasana dalam talian (online environment) menjadi platform yang lebih selamat untuk rakyat Malaysia terutama bagi kanak-kanak. RUU baharu ini akan meletakkan tanggungjawab kepada penyedia perkhidmatan untuk menurunkan mana-mana kandungan yang dilaporkan sebagai kandungan memudaratkan.

“Di bawah RUU baharu ini, jenayah kewangan dalam talian akan dikategorikan sebagai kandungan serius diberi keutamaan, bermakna sekiranya satu-satu kandungan itu dilaporkan sebagai jenayah kewangan dalam talian maka penyedia mempunyai kewajipan untuk menurunkan.

“RUU tersebut akan (dibentangkan) kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan,” katanya semasa Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan daripada Lim Lip Eng (PH-Kepong) yang memintanya menjelaskan bagaimana RUU Keselamatan Dalam Talian dapat menangani jenayah kewangan dalam talian.

Dalam pada itu, Kulasegaran berkata, beliau dimaklumkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bahawa terdapat regulasi sedia ada yang boleh dikuatkuasakan sekiranya terdapat pihak bank terlibat dalam jenayah scam.

“Satu kes di Kota Kinabalu, saya difahamkan wang yang tertipu oleh pegawai di bank tersebut, selepas penyiasatan, wang itu telah diberi semula kepada mangsa. Kes itu masih dalam mahkamah maka saya tidak dapat beri maklumat lebih,” katanya.

Beliau berkata, pindaan yang dilakukan kerajaan ke atas Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) sudah memasukkan peruntukan baharu iaitu seksyen 116D untuk memberi pegawai polis dan anggota berpangkat tidak rendah daripada sarjan kuasa untuk menyita atau melarang urusan dalam apa-apa wang yang dipegang dan disyaki untuk dipegang dalam mana-mana instrumen pembayaran.

Jelasnya, pindaan tersebut juga membolehkan pihak polis untuk menghalang harta tersebut dibuat urusniaga lain dengan tujuan untuk menghalang duit mangsa dikeluarkan daripada mule account dan seterusnya akan melengkapi peruntukan sedia ada, iaitu Seksyen 435 Akta 593 berkenaan kuasa polis untuk menyita harta yang disyaki dicuri (termasuk penipuan yang lebih menjurus kepada harta fizikal.

“Pihak polis boleh menghalang sekiranya mempunyai alasan munasabah untuk mengesyaki bahawa suatu kesalahan sudah dilakukan dan mempunyai alasan munasabah untuk mengesyaki bahawa harta telah digunakan atau bertujuan untuk digunakan bagi melakukan kesalahan.

“Selain itu, mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai bahawa harta tersebut merupakan bukti bagi suatu kesalahan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya