PARLIMEN: Renjatan elektrik, Pasukan Petugas Khas diberi 14 hari siapkan laporan 

PARLIMEN: Renjatan elektrik, Pasukan Petugas Khas diberi 14 hari siapkan laporan 

ANTHONY LOKE SIEW FOOK. IHSAN/JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pasukan Petugas Khas diberi masa selama 14 hari untuk menyediakan laporan mengenai insiden kemalangan yang menimpa seorang remaja berumur 18 tahun yang maut akibat renjatan elektrik dalam sebuah bas ekspres.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pasukan tersebut diketuai oleh Kementerian Pengangkutan dan dianggotai oleh beberapa agensi termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Kata beliau, Pasukan Petugas Khas juga perlu mencari punca sebenar bagaimana remaja itu boleh terkena renjatan elektrik ketika mengecas telefon bimbitnya menggunakan soket di dalam sebuah bas ekspres.

“Punca sebenar insiden ini akan diketahui setelah laporan ini lengkap dan diserahkan kepada MOT. Saya akan mengumumkan secara terperinci hasil laporan itu nanti,” katanya Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Mohd. Nazri Abu Hassan (PN-Merbok) yang memintanya menyatakan punca sebenar kejadian seorang remaja maut di Terminal Bas Penang itu.

Mengulas lanjut, Anthony berkata, MOT melalui APAD sudah mengeluarkan Surat Tunjuk Sebab (STS) kepada pengendali bas ekspres terlibat pada Isnin lalu yang mana syarikat perlu mengemukakan maklum balas dalam tempoh tiga hari bekerja.

Jelasnya, STS bertujuan mendapatkan maklumbalas mengenai kemalangan daripada pihak pengusaha bas.

“JPJ juga sudah menjalankan siasatan dan pemeriksaan ke atas badan bas tersebut pada 5 November lalu di Butterworth, Pulau Pinang. Siasatan ini juga turut disertai oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

“Pada 6 November lalu, wakil ST, JPJ, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), SIRIM dan APAD juga sudah melakukan pemeriksaan awal ke atas syarikat pembuat bas terlibat.

“Laporan lengkap mengenai punca insiden akan disediakan oleh Pasukan Petugas Khas setelah siasatan menyeluruh siap sepenuhnya,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya