PARLIMEN: PTPTN lulus RM71.3 billion pinjaman 

PARLIMEN: PTPTN lulus RM71.3 billion pinjaman 

ZAMBRY ABDUL KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meluluskan 3,951,404 pinjaman setakat 31 Disember tahun lalu.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, jumlah keseluruhan pinjaman yang dikeluarkan adalah sebanyak RM71.3 bilion.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 2,716,110 pinjaman telah patut mula dibayar balik dengan amaun patut bayar balik keseluruhan berjumlah RM32.29 bilion,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan menerusi laman web Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan yang dikemukakan Pang Hok liong (PH-Labis) mengenai jumlah hutang keseluruhan yang terakru atau terhutang oleh pelajar di bawah pinjaman PTPTN setakat tahun 2023.

Secara dasar, Zambry menjelaskan, kemudahan pinjaman PTPTN adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang mendapat tawaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA), institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), tanpa ada kuota atau peruntukan khusus yang ditetapkan, tertakluk kepada syarat-syarat lain yang ditetapkan.

“Bagaimanapun, jumlah kelulusan adalah bergantung kepada permohonan yang diterima dan syarat-syarat lain ditetapkan, yang mana sebanyak 2,842,682 pinjaman atau 71.9 peratus adalah kaum bumiputera manakala 1,108,722 atau 28.1 peratus pinjaman adalah bukan bumiputera,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya