PARLIMEN: Projek Sarawak-Sabah Link Road Fasa 1 capai kemajuan 38 peratus

PARLIMEN: Projek Sarawak-Sabah Link Road Fasa 1 capai kemajuan 38 peratus

AHMAD MASLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Projek Sarawak-Sabah Link Road (Lawas-Persimpangan Long Lopeng) atau Projek SSLR Fasa 1 kini mencapai 38 peratus pelaksanaannya di tapak, setakat September lalu.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, projek SSLR melibatkan dua fasa yang bertujuan membina satu jalan raya menghubungkan Sarawak dan Sabah tanpa perlu melalui Negara Brunei Darussalam dan dijangka siap pada November 2026.

“Selain itu, Projek SSLR Fasa 2 yang telah diluluskan pada 2023 dikeluarkan Surat Setuju Terima (SST) pada Mac 2024. Projek ini melibatkan empat pakej dan jajaran sepanjang anggaran 322 kilometer (km).

“Status terkini bagi projek ini adalah sedang di peringkat pengambilan balik tanah oleh pihak Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Negeri Sarawak dan pembersihan tapak oleh kontraktor di beberapa kawasan yang telah selesai urusan pengambilan tanah.

“Tempoh pelaksanaan Projek SSLR Fasa 2 dijangka selama lima tahun,” katanya semasa Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Anyi Ngau (GPS-Baram) meminta KKR menyatakan laluan serta status dan jadual pelaksanaan projek SSLR pada masa ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya