PARLIMEN: Perlu bina hampir 57,000 rumah mampu milik lagi

PARLIMEN: Perlu bina hampir 57,000 rumah mampu milik lagi

NGA Kor Ming di Dewan Rakyat, hari ini. - IHSAN JABATAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sasaran penyediaan rumah mampu milik hanya berbaki 56,741 unit rumah dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yakin mampu menyelesaikan projek berkenaan pada penghujung pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-12.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, sehingga 30 September lalu, sebanyak 443,259 unit atau 89 peratus rumah mampu milik telah siap dibina, dalam pembinaan dan dalam perancangan di seluruh negara termasuk di bandar mahupun luar bandar.

“Sekiranya berjaya dilaksanakan sepenuhnya, ini adalah kali pertama sasaran pembangunan rumah mampu milik berjaya dicapai mengikut perancangan Rancangan Malaysia ke-12,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Kor Ming memaklumkan, terdapat 303 projek berstatus lewat, 379 projek berstatus sakit dan 113 projek dalam kategori terbengkalai sedang dalam pemantauan KPKT.

Katanya, jumlah tersebut adalah setakat 30 September lalu.

“Task Force Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST) sejak penubuhannya pada Disember 2022 sehingga 30 September 2024, sebanyak 823 projek perumahan swasta melibatkan 99,836 unit rumah telah diselesaikan dengan nilai pembangunan kasar (gross development value, GDV) sebanyak RM84.40 bilion.

“Maklumat projek sakit ini turut dipaparkan kepada orang awam melalui Sistem Bank Data Perumahan Negara (portal TEDUH КРКТ) sebagai rujukan bakal pembeli rumah dan pihak pembiaya,” ujarnya.

Katanya, bagi projek sakit Residensi Hektar, Gombak, KPKT telah mengambil langkah proaktif untuk berbincang dengan Kementerian Kewangan agar dapat meneruskan inisiatif pada tahun akan datang termasuk perluasan pelaksanaannya kepada projek perumahan swasta di Sabah dan Sarawak.

“KPKT akan berusaha sebaik mungkin untuk meminimumkan projek sakit dan terbengkalai melalui inisiatif-inisiatif di bawah KPKT yang diselaraskan melalui TFST,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya