PARLIMEN: MSN bangunkan sukan potensi untuk ‘bawa pulang’ pingat

PARLIMEN: MSN bangunkan sukan potensi untuk ‘bawa pulang’ pingat

IHSAN JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) akan membangunkan sukan-sukan yang mempunyai potensi besar atau tinggi untuk membawa pulang pingat emas untuk negara.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, selain menumpukan perhatian kepada sukan-sukan yang pernah layak, MSN akan membangunkan sukan baharu seperti skateboard, climbing dan surfing.

Kata beliau, sukan-sukan tersebut dilihat mampu menjadi penyumbang pingat kepada negara nanti.

“Pada masa sama, sukan-sukan yang menawarkan banyak pingat dan kategori berat badan juga diberikan perhatian.

“Kejayaan atlet-atlet negara jiran memenangi pingat dari sukan angkat berat, tinju, taekwondo dan gimnastik perlu dijadikan inspirasi kejayaan atlet negara.

“Acara-acara melibatkan atlet wanita juga diberi perhatian memandangkan peluang untuk memenangi pingat masih terbuka di persaingan sukan olimpik,” katanya semasa Pertanyaan-Pertanyaan bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dari Ramkarpal Singh Karpal Singh (PH-Bukit Gelugor) yang memintanya menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menambah baik prestasi sukan kebangsaan memandangkan prestasi skuad kebangsaan dalam sukan Olimpik baru-baru ini.

Dalam pada itu, Hannah berkata, program penyediaan atlet yang dilaksanakan melalui program Road To Gold  (RTG) mahupun Podium perlu terus diberikan sokongan.

“Kementerian melalui MSN membelanjakan lebih kurang RM20.1 juta iaitu untuk RTG dan Podium bersekali pada tahun 2024 bagi tujuan kelayakan dan persiapan atlet ke Sukan Olimpik Paris 2024.

“Untuk RTG sahaja sebanyak RM 13.2 juta telah dibelanjakan untuk tahun ini bagi persiapan ke sukan Olimpik Paris. Akaun RTG sedang diaudit dan saya akan laporkan semula ke Dewan Rakyat setelah selesai,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya