PARLIMEN: Mindef, kementerian lain bekerjasama elak pencerobohan sempadan

PARLIMEN: Mindef, kementerian lain bekerjasama elak pencerobohan sempadan

ADLY Zahari semasa sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat. - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan (Mindef) menjalin kerjasama dengan kementerian lain dalam meningkatkan keselamatan sempadan negara bagi mengelak isu pencerobohan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, hasil kerjasama itu membolehkan Mindef mempunyai tangkapan seramai 179 orang setakat tahun ini.

“Dalam soal keselamatan negara, fokus Angkatan Tentera Malaysia terkait dengan isu tradisional melibatkan pertahanan negara. Adapun kalau kita lihat, ada isu keselamatan dalam negara adalah kita sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Dalam isu keselamatan atau sempadan pada musim banjir atau tidak, soalan yang paling teras adalah kerjasama antara agensi kerajaan dan kementerian.

“Di peringkat Mindef setakat tahun ini, kita mempunyai 179 tangkapan dan hasil daripada itu juga kita bekerjasama dengan KDN serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM),” katanya Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Dr. Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) mengenai langkah mitigasi kementerian bagi isu pencerobohan masuk warganegara jiran ketika musim bencana di sempadan negara.

Mengulas lanjut, Adly berkata, pihaknya akui terdapat cabaran dalam membangunkan pos pengawal baharu di Sarawak melibatkan isu logistik.

“Keutamaan kita adalah dua sempadan iaitu di Utara Semenanjung serta Sabah dan Sarawak. Kita tahu bahawa kawasan-kawasan pos pengawal sempadan ini mempunyai banyak cabaran dari segi pembangunan terutamanya apabila kita ingin membangunkan pos baharu di Sarawak sering terkait dengan isu logistik.

“Hal ini kerana, tidak ramai kontraktor atau pemaju mahu membangunkan kawasan-kawasan sempadan itu. Itu antara cabaran kita, namun berdasarkan penilaian kita berasaskan kemampuan pembangunan-pembangunan sedia ada.

“Sebab itu kita melihat dari segi pembangunan, terutamanya di kawasan Utara, kita lebih tertumpu kepada menaiktaraf pos-pos pengawal sedia ada dan pelan yang melibatkan bencana,” katanya menjawab soalan tambahan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) mengenai peruntukan memperkasa sempadan negara yang diterima dalam Belanjawan 2025 tidak diseleweng bagi perolehan aset untuk mengawal sempadan negara.

Jelasnya, sejak kerajaan Madani mengambil alih, Mindef mengambil pendirian bahawa ATM juga terlibat dengan persoalan berkaitan bencana negara.

“Jadi apabila kita mempunya peruntukan sedemikian dengan menggunakan pengalaman terdahulu, Mindef sentiasa memantau dan menilai untuk memasitkan pembangunan itu menepati apa yang kita perlukan pada masa kini serta masa hadapan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya