PARLIMEN: Malaysia pengeluar SAF bermula 2027

PARLIMEN: Malaysia pengeluar SAF bermula 2027

JOHARI Abdul Ghani - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka mula mengeluarkan bahan api penerbangan mampan (SAF) bermula 2027.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, SAF mempunyai potensi yang besar bagi ekonomi negara terutama dalam mempertingkatkan pelaksanaan ekonomi kitaran.

Kata beliau, Malaysia selaku pengeluar minyak sawit kedua terbesar dunia berada dalam kedudukan yang strategik untuk menjadi salah satu pengeluar SAF utama dunia.

Jelasnya, antara bahan mentah yang boleh digunakan untuk menghasilkan SAF termasuklah empty fruit bunch (EFB), palm oil mill effluent (POME), lemak haiwan, microalgae dan minyak masak terpakai (UCO).

“Malaysia akan mula mengeluarkan SAF secara mampan bermula 2027. Kapasiti pengeluaran akan ditingkatkan secara berperingkat berdasarkan kapasiti kilang pengeluar dan ketersediaan bahan mentah.

“Ini seiring dengan agenda Malaysia untuk memperkukuhkan kedudukannya sebagai pengeluar SAF di Asia Tenggara,” katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) yang memintanya menyatakan  sasaran dan strategi kerajaan bagi memposisikan Malaysia sebagai pengeluar utama SAF serantau.

Mengulas lanjut, Johari berkata, Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dengan kerjasama Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang berusaha untuk membangunkan dokumen National Strategy for Sustainable Aviation Fuel bagi menyokong perkembangan industri pengeluaran dan penggunaan SAF negara.

Jelasnya, kerajaan juga akan mempertingkatkan pelaksanaan program kesedaran pengumpulan minyak masak terpakai di seluruh negara bagi memastikan industri pengeluar SAF memperoleh bahan mentah yang mencukupi bagi penghasilannya dalam negara.

“Seterusnya, EcoCeres Renewable Fuels Sdn. Bhd. sedang dalam pembinaan loji penapisan dan pengeluaran SAF di Tanjung Langsat, Johor, dengan kapasiti pengeluaran 350,000 tan metrik setahun.

“Petronas juga akan membina sebuah loji penapisan dan pengeluaran SAF melalui kerjasama dengan Enilive (Itali) dan Euglena (Jepun) di Pengerang, Johor, dengan kapasiti 650,000 tan metrik setahun,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya