PARLIMEN: Malaysia pastikan usaha Palestin jadi negara berdaulat terealisasi

PARLIMEN: Malaysia pastikan usaha Palestin jadi negara berdaulat terealisasi

IHSAN JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia menyatakan komitmennya dan memberikan sokongan mutlat ke atas usaha merealisasikan Palestin diiktiraf sebagai negara yang berdaulat.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin berkata, ia berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kota Palestin.

Kata beliau, perkara tersebut akan dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sidang Kemuncak Bersama Tergempar Negara-Negara Arab dan Islam di Riyadh pada 11 November ini.

“Selain itu, Israel harus menghentikan serangan ke atas Lubnan dan Iran, serta perlu dipertanggungjawabkan ke atas pembunuhan Ismail Haniyeh dan Yahya Sinwar,” katanya pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata, Malaysia juga akan terus menggesa supaya kuasa veto dihadkan atau dimansuhkan.

Jelasnya, ia bagi mengembalikan keyakinan dan kepercayaan masyarakat antarabangsa terhadap kredibiliti dan peranan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).

“Memang kita sedar bahawa apa yang kita perlukan ialah reformasi. Kita perlu mengusulkan satu perubahan total terhadap UNSC yang nampak memang gagal untuk melaksanakan apa jua keputusan yang dibuat.

“Jadi, perlu usaha-usaha sebegini dibuat secara bersama, semua negara sepemikiran dengan kita, kena bersatu untuk mencadangkan satu perubahan total perlu dibuat kepada UNSC,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya