PARLIMEN: Malaysia alami lambakan besi, keluli China

PARLIMEN: Malaysia alami lambakan besi, keluli China

LIEW Chin Tong dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kapasati berlebihan industri besi dan keluli menyebabkan negara mengalami lambakan produk China sehingga menjadi kerisauan berikutan kelembapan ekonomi khususnya dalam industri pembinaan dan harta tanah.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Liew Chin Tong berkata, kapasiti di Asia Tenggara untuk besi dan keluli akan bertambah dalam dalam tempoh lima hingga enam tahun akan datang.

Kata beliau, pada 2021, jumlah kapasiti di Asia Tenggara adalah sebanyak 75 juta tan metrik, bermakna kapasiti berpotensi meningkat melebihi dua kali ganda (150 juta tan metrik) pada 2026.

Jelasnya lagi, isu lambakan produk pembuatan China menjadi kerisauan bukan sahaja di Malaysia malah di banyak negara berikutan kelembapan ekonomi yang dialami negara itu khususnya dalam industri pembinaan dan hartanah.

“Kerajaan dengan MITI telah melantik satu jawatankuasa bebas dan telah menyediakan laporan serta akan diumumkan tidak lama lagi.

“Jawatankuasa bebas ini akan memberikan hala tuju untuk negara kita menghadapi isu kapasiti dalam industri besi dan keluli,” katanya dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) yang bertanya mengenai perancangan khusus bagi menyelesaikan isu lambakan serta pengeluaran besi dan keluli dari China.

Mengulas lanjut, Chin Tong berkata, kerajaan telah menguatkuasakan sembilan tindakan anti-lambakan dan tiga tindakan pelindung terhadap produk import dari China termasuk produk besi dan keluli, plastik serta bahan binaan yang telah menyebabkan kemudaratan material atau kecederaan serius kepada industri domestik Malaysia bagi tempoh 2015 hingga 2023.

“Kerajaan juga sedang menjalankan siasatan anti-lambakan ke atas empat produk besi dan keluli serta plastik yang berkemungkinan disebabkan lebihan kapasiti daripada industri pembuatan China.

“Siasatan yang dilaksanakan oleh kerajaan selaras dengan akta domestik dan peraturannya serta perjanjian-perjanjian di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya