PARLIMEN: MAB tawar tenaga pakar, bukan graduan baharu

PARLIMEN: MAB tawar tenaga pakar, bukan graduan baharu

HASBI Habibollah semasa menjawab soalan di Dewan Rakyat, di sini hari ini. - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines Berhad (MAB) akan menawarkan tenaga kerja mahir sebagai langkah jangka masa pendek untuk menangani kekurangan pekerja dalam sektor penerbangan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, usaha itu bagi memperkukuhkan aspek penyelenggaraan pesawat, dengan beberapa langkah komprehensif telah diambil untuk meningkatkan keyakinan penumpang.

“Buat masa ini, MAB telah pun mengambil dan menawarkan pengambilan tenaga pekerja dari dalam negara, dari syarikat berkaitan dengan penerbangan..bukan graduan baharu (fresh grad) untuk memastikan kita tidak kurang kepakaran dan kita ambil yang sudah ada pengalaman untuk memastikan tahap kemahiran itu sama dengan sebelumnya.

“Sebelum ini, tenaga pekerja itu banyak yang diambil dari luar dan dalam masa yang sama, MAB juga berusaha untuk melatih pekerja baharu untuk memastikan kita tidak ketandusan dengan perkara ini,” katanya menjawab soalan tambahan Ir. Ts. Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) di Dewan Rakyat, hari ini.

Khairil meminta kementerian menjelaskan langkah jangka masa pendek untuk menangani masalah tenaga kerja yang berlaku di MAB.

Mengulas lanjut, Hasbi berkata, banyak tenaga kerja yang ditawarkan pekerjaan sebelum ini telah berkhidmat di syarikat lain.

Namun kini, MAB jelasnya dalam usaha untuk menarik kembali tenaga mahir dalam negara selain turut memberi tawaran kepada mana-mana pihak yang diperlukan dari luar negara.

Hasbi turut memaklumkan sejak pengumuman MAB untuk mengurangkan rangkaian penerbangan Ogos lalu, tindakan tersebut menunjukkan hasil positif terhadap OTP mereka.

“OTP MAB telah meningkat dari 58.2 peratus pada Ogos 2024 kepada lebih 80 peratus pada Oktober 2024,” jelasnya.

Katanya, beberapa langkah komprehensif yang lain turut diambil termasuk membatalkan beberapa rangkaian penerbangan dalam dan luar negara secara sementara.

“Langkah pembatalan rangkaian penerbangan ini adalah perlu bagi memastikan ketahanan jangka panjang pesawat dan keteguhan operasinya. Melalui pembatalan rangkaian penerbangan secara sementara ini akan membolehkan penyelenggaraan yang lebih proaktif dilakukan terhadap pesawat, mengurangkan risiko kerosakan pesawat dan memberikan pengalaman penerbangan yang terbaik kepada pelanggan.

“Keputusan ini juga adalah untuk memastikan standard keselamatan MAB bukan hanya dikekalkan tetapi diperkukuhkan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya