Kutipan levi RM3.77 bilion, PAC panggil semula HDR Corp

PARLIMEN: Kutipan levi RM3.77 bilion, PAC panggil semula HDR Corp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil semula pengurusan Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp) bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakan susulan terhadap syor yang dikemukakan sebelum ini.

Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, satu pertemuan bersama HRD Corp sudah diatur pada 20 November ini.

“Tindakan susulan seterusnya dengan HRD Corp belum selesai lagi, kita masih tunggu maklum balas daripada pihak berkaitan mengenai syor diberikan kepada mereka.

“Mereka kena lapor pada 20 November selepas tiga bulan masa diberi untuk buat tindakan mengikut syor diberi,” katanya pada sidang media di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, PAC memberi masa kepada HRD Corp selama tiga bulan dari tempoh pembentangan laporannya iaitu pada 11 Julai lalu.  

Sebelum ini, PAC mendedahkan sejumlah RM3.77 bilion hasil kutipan levi daripada majikan digunakan program latihan HRD Corp untuk melabur dalam pelbagai aktiviti pelaburan.

Menurut PAC, matlamat penubuhan syarikat adalah bagi pengenaan dan pemungutan levi pembangunan sumber manusia bagi maksud penggalakan latihan dan pembangunan kerja, perantis dan pelatih serta penubuhan dan pentadbiran kumpulan wang.

PAC juga mahu Kementerian Sumber Manusia membentangkan dapatan audit bebas terhadap HRD Corp kepada pihaknya September depan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya