Parlimen: KPM sasar 80 peratus pelajar STPM masuk IPTA

Parlimen: KPM sasar 80 peratus pelajar STPM masuk IPTA

WONG Kah Woh - FOTO/JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mensasarkan sehingga 80 peratus pelajar yang menyambung pengajian ke tingkatan enam memasuki Universiti Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Timbalan Menterinya, Wong Kah Woh berkata, sasaran itu adalah komitmen kerajaan dalam meningkatkan galakan pelajar untuk menyambung pelajaran di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), sekali gus menepis stigma negatif menyebabkan  mereka enggan menyambung pengajian ke tingkatan enam.

“Sememangnya KPM meletakkan satu sasaran selepas pemerkasaan dibuat suatu hari nanti dengan mencapai kemasukan 80 peratus dan kita sedang giat untuk menjalankan promosi kepada ibu bapa. Sememangnya program ini giat dilaksanakan kepada pelajar tingkatan enam.

“Ada inisiatif yang telah dilaksanakan, antaranya memberi autonomi kepada pengetua untuk membuat keputusan terhadap semua rayuan memasuki ke tingkatan enam,” katanya bagi menjawab soalan tambahan Lee Chean Chung (PH-Petaling Jaya) di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Terdahulu, Chean Chung meminta kementerian menjelaskan pelan dan promosi STPM yang lebih efektif kepada pelajar dan ibu bapa memandangkan terdapat persepsi negatif sehingga mengurangkan minat pelajar untuk  menyambung pengajian ke tingkatan enam.

Mengulas lanjut, Kah Woh berkata, berdasarkan statistik KPM, hampir 70 peratus pelajar tingkatan enam  diambil menyambung pengajian ke peringkat IPTA sejak 2021 dan peratusan tersebut terus meningkat.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya