PARLIMEN: Kos bina LPT3 meningkat kepada RM9.8 bilion

PARLIMEN: Kos bina LPT3 meningkat kepada RM9.8 bilion

AHMAD Maslan semasa sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini. - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kos cadangan pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3) dijangka meningkat kepada RM9.8 bilion berbanding dianggarkan sebelum ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, lebuh raya yang bermula dari Kampung Gemuruh, Kuala Terengganu ke Kampung Tunjong di Kota Bharu, Kelantan itu dianggarkan sebanyak RM2.867 bilion pada tahun 2009.

Kata beliau, peningkatan kos itu disebabkan model pembiayaan yang digunakan bagi pembinaan lebuh raya tersebut berdasarkan keuntungan melalui kutipan bayaran tol.

“LPT1 kosnya RM1.477 bilion dari Karak ke Jabor dan tol yang dikenakan hanya untuk penyelenggaraan. LPT2 pula dibuka pada tahun 2015, kosnya RM4.37 bilion dari Jabor ke Kuala Temelong dan tol (dikenakan) 9.83 sen per kilometer (km), itu hanya untuk penyelenggaraan.

“Dengan lain perkataan, LPT1 dibuat sepenuhnya menggunakan wang kerajaan Persekutuan manakala LPT2 jug wang kerajaan persekutuan. LPT3 yang dicadangkan ini pula ia adalah kaedah tol sepenuhnya.

“Itu sebab kosnya (menjadi) RM9.8 bilion atau 60 sen perkilometer dan kos (tol) hujung ke hujung RM70,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan dari Shaharizukirnain Abd Kadir (PN-Setiu) berhubung pembiayan projek LPT3.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, pelaksanaan permintaan cadangan (RFP) bagi LPT3 sedang diteliti di Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri (UKAS JPM).

“Sekiranya dipersetujui jawatankuasa di UKAS JPM, cadangan RFP bagi projek LPT3 akan dibetangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan kelulusan,” katanya.

Ahli Parlimen Pontian itu berkata, faktor yang menyebabkan kajian awal pada 2009 itu dikaji semula adalah kerana ia bagi memperinci semula jajaran dan kos bagi cadangan projek tersebut yang dicadang dilaksanakan secara kerjasama awam swasta (PPP) melalui bidaan bersaing RFP.

“Mengambil kira tempoh kajian kemungkinan yang dilaksanakan seblum ini iaitu 15 tahun yang lepas, kementerian melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah mengambil inisiatif untuk melaksanakan kerja awalan pada 2020 bagi memperincikan semula jajaran dan kos,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya