[Parlimen] King Sing diminta fokus capai sasaran kemasukan  27.3 juta pelancong 

[Parlimen] King Sing diminta fokus capai sasaran kemasukan  27.3 juta pelancong 

MAS ERMIEYATI SAMSUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menempelak Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing kerana belum mencapai sasaran kemasukan pelancong 27.3 juta  bagi tahun ini.

Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, perbezaan jumlah pelancong yang datang ke Malaysia ketika beliau memegang kementerian itu pada 2015 hingga 2018 sebagai Timbalan Menteri  jauh lebih baik.

“Yang Berhormat (YB) (merujuk kepada King Sing) tanya saya apa yang saya buat semasa saya menjadi Timbalan Menteri MOTAC pada 2015 sehingga 2018? Pada 2015, kedatangan pelancong 25.7 juta orang dan pelancong dari  China berjumlah 1.6 juta orang.

“Pada 2016, meningkat 4 peratus menjadikan jumlah kedatangan pelancong  seramai 26.8 juta orang dan pelancong China 2.1 juta orang. Yang paling menarik, hasil pendapatan negara daripada pelancongan ketika itu mencatatkan 18.8 peratus menjadikan keseluruhan pendapatan hasil daripada pelancong adalah sebanyak RM82 bilion.

“Pada 2017, kedatangan pelancong 25.9 juta orang manakala pelancong China pula 2.3 juta orang. Pada 2018 pula menjadikan keseluruhan kedatangan pelancong 25.8 juta dan kedatangan pelancong China hanya 2.9 juta.

“Ini amat berbeza dengan hasil pendapatan negara yang kita sasarkan pada tahun ini, iaitu sebanyak RM102.7 bilion,” katanya dalam hantaran di media sosial, hari ini.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Masjid Tanah itu berkata, King Sing hanya mampu menarik sejumlah 18.38 juta pelancong dalam tempoh sembilan bulan tahun ini.

“YB (King Sing) mensasarkan kedatangan pelancong tahun ini seramai 27.3 juta. Tetapi dari Januari hingga September, di atas kewibawaan dan kredibiliti sebagai Menteri, daripada jumlah tersebut yang hadir dalam tempoh itu hanyalah 18.38 juta pelancong. Ini sangat jauh berbanding saya semasa saya menjadi timbalan menteri.

“Itu sahaja saya nak bagitahu YB (King Sing). Fokus dengan kerja dan jangan meletakkan kesalahan, kelemahan dan kekurangan YB sehingga menuding jari kepada kami.

“Jangan buat begitu kerana terlajak perahu boleh kita undur tetapi kalau terlajak kata buruk padahnya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya