Parlimen: Kerajaan kaji gubal undang-undang berkaitan AI

Parlimen: Kerajaan kaji gubal undang-undang berkaitan AI

GOBIND Singh Deo ketika di Dewan Rakyat, di sini hari ini. - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkaji untuk mengubal undang-undang berkaitan AI selepas merasmikan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) di ibu negara bulan hadapan.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, tugas NAIO selepas dirasmikan adalah untuk membuat satu kajian mengenai cabaran sebenar yang akan dihadapi melalui teknologi Kecerdasan Buatan (AI).

Beliau berkata, kerajaan akan melihat sekiranya perlu untuk merangka undang-undang atau piawaian  lain  dan sebagainya.

“Itu sebab kita ada Pejabat AI kebangsaan, salah satu tugasnya adalah untuk melancarkan satu kajian berkaitan cabaran  sebenar akan kita hadapi melalui teknologi AI.

“Menerusi kajian itu baru kita tahu sama ada  mahu menaik taraf undang-undang sedia ada atau mengubal undang-undang baharu bagi menangani cabaran tersebut,” katanya di dalam Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Abdul Khalib Abdullah (PN-Rompin) yang bertanya bagaimana kerajaan merancang untuk menangani isu kebocoran data peribadi yang melibatkan teknologi AI dan adakah kerajaan bercadang untuk mengubah undang-undang khusus berkaitan dengan AI memandangkan pengaruh keberkesanan serta implikasinya sangat besar kepada semua bidang industri global.

Mengulas lanjut,  Gobind berkata, pihak kementerian juga akan terus menjalinkan kerjasama strategik merentasi sektor awam dan swasta agar dapat meminimumkan insiden ketirisan data peribadi pada masa hadapan melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif.

“Ia termasuklah penganjuran program literasi AI, pembangunan rangka kerja kawal selia serta Pelan Tindakan Teknologi AI 2026-2030.

“Kesemua gerak kerja ini berupaya untuk memastikan semua pihak berkepentingan lebih bersedia dalam menangani sebarang insiden yang tidak diingini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya