[Parlimen] Kerajaan dicadang perkenal subsidi pembelian ‘dashcam’

[Parlimen] Kerajaan dicadang perkenal subsidi pembelian ‘dashcam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadang memperkenal subsidi pembelian dashcam bagi pengguna jalan raya dalam kalangan  kelompok B40.

Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd. Kadir berkata, pengagihan subsidi itu boleh dijadikan elemen penting sekiranya terlibat dengan kemalangan.

“Saya kira sudah tiba masanya kerajaan memperkenal subsidi pembelian dashcam. Dashcam bukan sahaja mampu melindungi pengguna jalan raya malah ia merupakan bahan bukti yang penting jika berlaku  kemalangan.

“Namun, bagi mendapatkan dashcam yang berkualiti, kosnya agak tinggi. Oleh itu pemberian subsidi terutama kepada  B40 amat diperlukan,” katanya pada sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2025 peringkat jawatankuasa  Kementerian Pengangkutan (MOT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut, Shaharizukirnain  turut mempersoal tindakan MOT  memperkenal kaedah log masuk menggunakan MyDigital ID di aplikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), baru-baru ini.

“Dalam butiran sama berkenaan MyDigital ID di dalam aplikasi JPJ. Sebelum ini terdapat syarat bahawa pengguna aplikasi perlu menggunakan MyDigital ID untuk mendaftar masuk aplikasi tersebut.

“Namun kementerian MOT membatalkan syarat tersebut selepas mendapat pelbagai reaksi daripada rakyat. Apakah keperluan untuk menggunakan MyDigital dan JPJ jika sistem sedia ada sudah selamat dan memadai.

“Apakah jaminan kerajaan mengenai perkongsian data yang dibuat oleh pengguna  selama ini jika MyDigital ID dan sebuah syarikat Sdn. Bhd. turut diberikan akses sama terhadap aplikasi JPJ yang dikawal selia oleh kerajaan,” soalnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya