Parlimen: Kerajaan audit kutipan yuran peperiksaan CLP

PARLIMEN: Kerajaan audit kutipan yuran peperiksaan CLP

M. KULASEGARAN-JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melakukan pengauditan segera ke atas perolehan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang melalui kutipan yuran peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) yang tidak dilakukan selama 17 tahun.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran berkata, beliau baru menyedari kutipan yuran CLP tidak pernah diaudit  semasa persidangan Kamar Khas Dewan Rakyat.

Menurut beliau, tindakan susulan sedang diambil oleh kerajaan bagi memastikan lembaga tersebut diaudit.

“Saya setuju bahawa tiada pengauditan untuk 17 tahun. Kita sedang ambil tindakan susulan supaya pengauditan dibuat dengan seberapa segera yang boleh dan pemegang taruh dapat mengetahui adakah pengendalian oleh lembaga mengikut undang-undang.

“Tatakelola ini perlu telus dan terbuka supaya rakyat tahu apa yang dibelanjakan,” katanya semasa Pertanyaan-Pertanyaan bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan  Cha Kee Chin (PH-Rasah) mengenai mengapa tiada audit dilakukan ke atas perolehan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang selama 17 tahun, selain tiada cukai dikenakan ke atas lembaga tersebut.

Dalam pada itu, setakat 30 September lalu, sebanyak RM4.25 juta diperoleh melalui bayaran yuran yang diterima Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang.

“Lembaga bergantung sepenuhnya kepada pendapatan kutipan yuran CLP pada setiap tahun dan beberapa yuran lain,” katanya.

Tambahnya, seramai 1,058 calon menduduki peperiksaan CLP dan 200 daripadanya lulus, 164 pula lulus bersyarat dan selebihnya gagal.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya